GLOBAL

Penyiasat temui mayat Sala dalam bangkai pesawat

LONDON, 7 FEB: Penyiasat Britain semalam menemui mayat dalam bangkai pesawat yang membawa pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala.

Cabang Siasatan Kemalangan Udara berkata, pihaknya berjaya menemui mayat yang sebelum ini dilihat di celah bangkai pesawat, dalam keadaan penuh mencabar.

Sala, 28, yang menaiki pesawat ringan jenis Piper PA-46 sedang dalam perjalanan dari kelab lamanya, Nantes di Perancis untuk menyertai kelab baharunya, Cardiff ketika insiden kemalangan udara itu berlaku.

Pesawat yang dikendalikan juruterbang, David Ibbotson itu hilang berhampiran pulau Guernsey, pada 21 Januari lalu.

Bangkai pesawat itu kemudiannya ditemui pada 4 Februari lalu.

Terdahaulu, keluarga pemain bola sepak terbabit mengupah sebuah syarikat penerbangan persendirian untuk mencari bangkai pesawat berkenaan.

*Sumber: AFP

 

 


Pengarang :