Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini ekoran keengganan pelabur untuk memasuki pasaran susulan kebimbangan mengenai geopolitik yang suram selain rundingan perdagangan Ameika Syarikat dan China yang akan datang.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0750/0790 kepada dolar US berbanding 4.0700/0750 pada penutupan Isnin.

Seorang peniaga berkata ketidaktentuan mengenai hasil perbincangan menyebabkan pelabur kini beralih kepada mata wang yang lebih selamat.


“Jika ini berterusan, ia bukan sahaja akan menjejaskan perdagangan, malahan harga minyak. Prestasi ringgit sangat bergantung kepada kestabilan harga minyak,” katanya.

Pada 9 pagi, harga minyak mentah Brent berada pada US$61.51 setong berbanding US62.12 setong semalam.

Peniaga itu berkata hubungan antara kedua-dua kuasa besar (AS-China) itu semakin tegang, terutama dalam sektor teknologi yang melibatkan salah satu syarikat terbesar China, Huawei Technologies.

Presiden AS dilaporkan dijangka menandatangani perintah eksekutif yang melarang syarikat-syarikat tanpa wayar AS membeli peralatan telekom dari China, dengan keputusan muktamad dijangka diketahui dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Ini menjejaskan jualan syarikat teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc, ekoran eksportnya ke China jatuh 19.9 peratus pada suku keempat,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9932/9973 daripada 2.9953/0001 semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.6871/6917 daripada 3.6913/6961.

Berbanding euro, unit tempatan meningkat kepada 4.5937/6003 daripada 4.5937/6003 dan tinggi berbanding pound British kepada 5.2413/2480 daripada 5.2495/2576.

*Sumber: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next