EKONOMINASIONAL

Ringgit dibuka rendah sedikit

KUALA LUMPUR, 4 FEB: Ringgit dibuka rendah sedikit pagi ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kekurangan pemangkin, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.0980/1050 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0930/0980 pada Jumaat.

Penganalisis Pasaran Kanan OANDA, Jeffrey Halley berkata, dagangan tukaran asing Asia dijangka lengang hari ini berikutan cuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina dengan tumpuan hanya kepada keputusan kadar faedah Filipina dengan pasaran menjangkakan ia kekal tidak berubah.

Sementara itu, dolar AS mengukuh berbanding kebanyakan mata wang lain mendapat rangsangan daripada data pekerjaan dan kilang AS yang lebih kukuh daripada dijangkakan.

“AS mengumumkan data senarai gaji bulan ladang pada Jumaat dengan senarai gaji meningkat 302,000 berbanding 165,000 yang dijangkakan. Data itu meningkatkan dolar, saham dan minyak, dengan emas menyusut dan bon hampir tidak berubah,” kata Halley.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0315/0383 daripada 3.0409/0450 pada Jumaat dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7401/7475 daripada 3.7699/7749.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3585/3698 daripada 5.3688/3758 dan menokok berbanding Euro kepada 4.6938/7027 daripada 4.7000/0070.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :