ARRC: Akid buru kemenangan di Sepang | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

ARRC: Akid buru kemenangan di Sepang

SHAH ALAM, 7 MAC: Juara Underbone 150cc 2017, Md Akid Aziz meletakkan sasaran untuk meraih kemenangan di hadapan penyokong sendiri pada pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang bermula 8 hingga 10 Mac ini.

Keyakinan pelumba UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team itu meningkat setelah mengungguli sesi ujian pra-musim dengan catatan terpantas 2’34.016s mengatasi catatan Wahyu Aji Trilaksana (ONEXOX TKKR SAG Racing Team) dengan perbezaan 0.142s.

Akid berkata, beliau meletakkan sasaran untuk memenangi kedua-dua perlumbaan pada minggu ini walaupun tidak biasa dengan aksi litar di Sepang.


“Jentera juga keadaan baik sepanjang dua hari sesi ujian pra-musim, cuma kalau boleh, saya tidak mahu ada masalah yang mengganggu aksi saya seperti tahun lalu.

“Saya tak mahu ada masalah enjin, motosikal ataupun mekanikal lain pada tahun ini,” katanya.

Akid terlepas gelaran keseluruhan kepada rakan senegara, Md Helmi Azman yang beralih ke kelas SuperSports 600cc pada musim ini apabila sekadar menamatkan musim di tangga kelima keseluruhan.

“Tahun ini sasaran saya adalah untuk memenangi semula gelaran keseluruhan yang dimenangi pada 2017.

“Jadi perlumbaan minggu ini sangat penting untuk saya mengutip mata maksimum,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next