EKONOMI NASIONAL

Saham KL dibuka bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 6 MAC: Saham di Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini, disokong oleh beberapa belian bagi saham tempatan khususnya dalam saham berkaitan telekomunikasi, produk pengguna dan kewangan.

Pada jam 9.04 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 0.79 mata lebih rendah kepada 1,684.83 daripada penutup Selasa lalu iaitu 1,685.62.

Indeks berkenaan dibuka 0.64 mata lebih rendah pada 1,684.98.

Di pasaran meluas, kaunter untun mengatasi rugi sebanyak 127 berbanding 65 manakala 145 kaunter kekal tidak berubah, 1,532 tidak didagangkan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah saham adalah sebanyak 68.81 juta dengan nilai RM40.09 juta. –BERNAMA


Pengarang :