Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PBTSELANGOR

24 pasukan bakal berentap dalam Kejohanan Tarik Tali MBSA

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 10 APRIL: Sebanyak 24 pasukan bakal berentap dalam Kejohanan Tarik Tali Terbuka (Awam) Shah Alam 2019 bagi merebut Piala Datuk Bandar, pada 13 dan 14 April ini.

Kejohanan anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Kelab Rekreasi dan Kelab Tarik Tali MBSA itu bakal berlangsung di Padang B, Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini, mulai 8 pagi hingga 7 petang.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahamad berkata, program itu bertujuan bagi melahirkan atlet berkualiti serta berdaya saing.

“Ia juga dapat mempromosikan MBSA sebagai pihak berkuasa tempatan yang mengambil berat dan amat prihatin berkenaan aktiviti sukan selari matlamat menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya sukan,” katanya.

Justeru, beliau mengalu-alukan kehadiran orang ramai bagi memeriahkan suasana kejohanan, sekali gus menyokong penganjuran program terbabit.


Pengarang :