NASIONAL

Pokok tropika tertinggi di dunia ditemui di Sabah

OLEH UMIRAH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 5 APR: Pokok meranti kuning gergasi, atau nama sainsnya, Shorea Faguetiana, setinggi 100.8 meter ditemui di Sabah baru-baru ini.

Ia direkodkan penyelidik Universiti Oxford dan Universiti Nottingham dengan kerjasama Perkongsian Kajian Hutan Hujan AsiaTenggara, lapor National Geographic semalam.

Portal itu juga melaporkan pokok berkenaan dicatat paling tinggi di dunia, mengatasi ketinggian 94.1 meter spesis pokok sama yang ditemui tahun lalu.

Jika dibuat perbandingan, ketinggian pokok meranti ini, yang digelar sebagai ‘Menara’, lebih panjang daripada padang bola sepak.

“Mereka (pengkaji) menganggarkan beratnya 81,500 kilogram atau lebih berat maksimum pesawat Boeing 737-800, tidak termasuk akarnya,” lapor portal National Geographic lagi.

 

KETERANGAN GAMBAR: Kawasan Lembangan Maliau-Lembah Danum yang terdapat meranti kuning atau Shorea Faguetiana iaitu pokok tropika tertinggi di dunia. — Foto ihsan Twitter Unding Jami


Pengarang :