SELANGOR

88 kakitangan MPS terima APC 2018

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SELAYANG, 22 JUN: Seramai 88 kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018, di Lobi Menara MPS, di sini baru-baru ini.

MPS dalam kenyataan memaklumkan, anugerah berkenaan sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan terhadap perkhidmatan mereka yang banyak berjasa serta menyumbang kepada pihak berkuasa tempatan terbabit.

“Dalam majlis sama, seramai 22 individu turut menerima Anugerah Jasamu Dikenang 2019 bagi yang akan bersara pada tahun ini,” katanya.

Terdahulu, anugerah berkenaan disampaikan Ahli Dewan Negeri Gombak Setia merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham kepada semua penerima.


Pengarang :