BERITA UTAMANASIONAL

Azmin serah siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan menyeluruh berhubung penularan video skandal seks yang mengaitkan beliau dan Ketua Angkatan Muda keadilan (AMK) Santubong, Muhammad Haziq Abdul Aziz baru-baru ini.

Timbalan Presiden PKR itu yang berjanji akan memberikan sepenuh komitmen terhadap siasatan itu turut berharap proses siasatan tidak diganggu oleh mana-mana pihak.

“Saya telah memberikan sepenuh komitmen dan saya harap tiada siapa yang mengganggu tugas mereka (untuk menyiasat), let them do their job,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Akrab Aidilfitri Masjid Bukit Antarabangsa di sini hari ini yang turut dihadiri penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suami, Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa.

Mohamed Azmin berkata setakat ini polis belum memanggilnya bagi membantu siasatan tetapi telah mengambil keterangan pembantunya Muhammad Hilman Idham, semalam (14 Jun) dan akan disambung pada Isnin (17 Jun).

Mengenai desakan beberapa pihak yang mahukan beliau berehat daripada tugasnya sebagai menteri bagi memberi ruang terhadap siasatan video itu, Mohamed Azmin berkata beliau akan meneruskan tugasnya dalam kerajaan, juga sebagai pemimpin Pakatan Harapan (PH).

“I remain focused on delivering as the Minister of Economic Affairs. I’m here to support the Prime Minister, and we will continue to move forward to deliver to the people.

“They have been together with me and I am happy that many people came forward and show their support…I think the mandate was so huge..it is our duty as leaders in PH to stick to the new policy, new approach new politic, ini yang kita harus pertahankan,” katanya. – BERNAMA


Pengarang :