SELANGOR

Bekalan air di LRA Sungai Langat pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 7 JUN: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan bekalan air di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat yang terjejas ekoran peralatan penapisan mekanikal (bandscreen) Loji Rawatan Air Sungai Langat yang tersumbat, telah pulih sepenuhnya petang ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, ahli kumpulannya itu menjelaskan masalah turut berpunca daripada ‘trip’ disebabkan hujan lebat di hulu sungai dan kuantiti sampah sarap yang banyak terkumpul di muka sauk.

“Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada pelangan dan semua pihak yang memberikan kerjasama sepanjang tempoh gangguan sementara ini serta mohon maaf atas segala kesulitan.

“Muat turun aplikasi telefon bimbit Air Selangor untuk info bekalan air anda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 


Pengarang :