EKONOMINASIONAL

Kadar jangka pendek stabil minggu depan

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia yang menyerap lebihan mudah tunai dalam pasaran wang.

Bagi minggu baru berakhir ini, kadar rujukan Islam semalaman berada pada 2.96 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu kekal masing-masing pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus.

Sepanjang minggu yang baru berakhir ini, bank pusat itu melaksanakan operasi harian bagi menyerap lebihan dana daripada sistem kewangan menerusi tawaran tender pasaran wang konvensional, tender pasaran wang Murabahah, tender Qard, tender repo berbalik dan Bil Antara Bank Bank Negara dan Bil Antara Bank Islam Bank Negara.

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu ini turun kepada RM17.00 bilion daripada RM23.83 bilion pada minggu sebelumnya.

Bagi sistem Islam, ia meningkat kepada RM13.40 bilion daripada RM11.21 bilion, sebelum ini. – BERNAMA


Pengarang :