NASIONAL

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 JULAI: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ekoran minat belian baharu, kata peniaga.

Pada 9.50 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1400/1430 berbanding dolar AS daripada 4.1410/1440 ketika ditutup semalam.

Beliau berkata unit tempatan juga disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dunia.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 0.97 peratus kepada US$64.78 setong, manakala niaga hadapan minyak mentah US West Texas Intermediate (WTI) meningkat 1.40 peratus kepada US$58.64 setong.

Ketika pasaran dibuka hari ini, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.8006/8041 daripada 3.8022/8060 pada Selasa dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0399/0427 daripada 3.0411/0444.

Unit tempatan juga stabil berbanding euro kepada 4.6380/6431 daripada 4.6392/6429 semalam dan tinggi berbanding pound kepada 5.1547/1601 daripada 5.1601/1647.

-BERNAMA


Pengarang :