PBTSELANGOR

SAOW di parkir Plaza Shah Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 22 JUL: Warga bandar raya Shah Alam berpeluang melunaskan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun serta membuat aduan di Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel (SAOW)’ yang beroperasi di perkarangan parkir Plaza Shah Alam, Seksyen 9, di sini, pada 27 Julai.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, kesemua urusan itu boleh dilakukan bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

“Perkhidmatan SAOW) ini adalah landasan yang disediakan oleh MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung
minggu tanpa perlu hadir ke kaunter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, melalui perkhidmatan ini, MBSA berharap ia dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :