Selangorkini
AGENDA NASIONAL

Wan Azizah kutuk serangan di studio animasi Jepun

KUALA LUMPUR, 19 JUL: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengutuk perbuatan jenayah kejam yang mengakibatkan kebakaran sebuah studio animasi di bandaraya Kyoto, di barat Jepun, Khamis.

“Saya amat sedih dan terkejut dengan insiden kebakaran di studio animasi Jepun #KyoAni semalam, yang mengakibatkan 33 kematian, di samping mencederakan lebih ramai lagi.

“Doa saya buat semua anggota keluarga dan semua mangsa,” katanya menerusi catatan di twitternya, hari ini.

Kebakaran itu bermula selepas seorang lelaki menuangkan gasolin di sekitar studio itu dan suspek telah ditahan.

Ia merupakan insiden terburuk yang mengakibatkan jumlah kematian terbesar di Jepun sejak Perang Dunia Kedua.

KyoAni menghasilkan filem serta novel grafik, yang mendapat sambut baik di kalangan peminatnya disebabkan kualiti baik produk yang dihasilkannya. – BERNAMA


Pengarang :