Antara aktiviti disertai staf UNISEL pada kursus motivasi di Janda Baik, Pahang yang dimuat naik Facebook Universiti Selangor pada 26 Ogos 2019.
AGENSISELANGOR

36 staf UNISEL sertai kursus motivasi

SHAH ALAM, 27 OGOS: Seramai 36 kakitangan Pejabat Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) menghadiri Kursus Motivasi dan Pemantapan Sahsiah Pekerja, di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik Pahang, pada 23 hingga 25 Ogos lalu.

Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, program tiga hari itu melibatkan lima jabatan di bawah Pejabat Presiden dan Naib Canselor.

“Lima jabatan tersebut ialah Pusat Islam, Pejabat Tadbir Urus Korporat dan Jaminan Kualiti, Pejabat Komunikasi Korporat, Smart Tahfiz Masjid UNISEL termasuk Projek Penghijauan dan Pembangunan Rekreasi Kampus Bestari Jaya,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Presiden dan Naib Canselornya, Prof Dato’ Dr Muhammad Redzuan Othman berkata, kursus seumpama itu dapat memperkukuh semangat kerjasama dalam kalangan staf selain mengeratkan hubungan antara setiap jabatan.

“Saya percaya setiap staf mempunyai bakat dan potensi masing-masing dan ini harus dijadikan landasan untuk memastikan UNISEL sentiasa maju ke hadapan.

“Nilai kekitaan dan kebersamaan dalam segala hal harus diterapkan supaya UNISEL dikenali bukan sahaja dalam bentuk pendidikan, bahkan keharmonian dalam pengurusan,” katanya.


Pengarang :