Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan (tengah) menyerahkan daging korban kepada wakil golongan B40 di Surau An-Nur, Subang Jaya, pada 14 Ogos 2019.Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI.
PBTSELANGOR

Masyarakat Rohingnya antara penerima daging korban MPSJ

SUBANG JAYA, 14 OGOS: Prihatin kepada nasib masyarakat Rohingnya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyumbangkan seekor lembu bagi ibadah korban.

Noraini Roslan berkata, beliau mendahulukan kumpulan berkenaan kerana memahami kesedihan mereka yang terpaksa datang ke Malaysia semata-mata mencari perlindungan nyawa.

“Mereka jauh daripada tanah air malah terancam di negara sendiri, oleh sebab itu saya dahulukan mereka dalam pemberian qurban kali ini,” katanya.

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan turut serta membungkus daging korban ketika Majlis Ibadah Korban MPSJ di Surau An-Nur, Subang Jaya, pada 14 Ogos 2019. – Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Qurban MPSJ di Surau An-Nur, Jalan TP2, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohammad Zulkurnain Che Ali.

Noraini berkata, sebanyak 10 lembu disembelih untuk diagihkan kepada 24 Zon Jawatankuasa Penduduk di bawah pentadbiran MPSJ.

Katanya, MPSJ juga memperkenalkan skim bayaran ansuran bagi menggalakkan kakitangan di semua peringkat melaksanakan ibadah korban.

Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Zulkurnain Che Ali (tengah) turut membantu petugas memasak ketika Majlis Ibadah Korban MPSJ di Surau An-Nur, Subang Jaya, pada 14 Ogos 2019.Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI.

“Skim bayaran ansuran RM100 sebulan dimulakan sejak Februari hingga Ogos lalu dengan peruntukan kos untuk satu bahagian lembu adalah berharga RM670.

“Pada tahun ini, seramai 312 penerima daripada asnaf dan komuniti B40 dikenal pasti melalui Program Pemberdayaan Komuniti MPSJ untuk menerima sumbangan,” katanya.


Pengarang :