Dango Nguyen akibat kanser pada 12 Ogos 2019. Foto instagram/ dangonuyen
AGENDAGLOBAL

Pelakon Walking Dead meninggal dunia akibat kanser

GEORGIA, 13 OGOS: Selepas sekian lama bertarung nyawa melawan penyakit kanser, aktor yang membintangi siri televisyen popular Walking Dead, Dango Nguyen meninggal dunia pada usia 48 tahun, semalam.

Jabatan Bomba dan Kecemasan Athens-Clarke di Georgia memaklumkan berita menyedihkan itu di akaun Facebook mereka.

Mendiang akan diingati sebagai seorang individu yang bertindak pantas dan memiliki kekuatan serta ketahanan luar biasa.

“Dango berkhidmat sebagai sarjan dengan jabatan kami sebelum meninggalkan kerjaya ini untuk menyertai industri hiburan sebagai pelakon.

“Beliau bertugas selama 20 tahun sebelum memilih untuk bertukar arah. Sekali berkhidmat sebagai anggota bomba, selamanya anda adalah keluarga kami. Dango adalah ahli keluarga kami yang sangat terkenal,” katanya memetik Agensi.

Mendiang meninggalkan seorang isteri dan beberapa orang anak.

Kerjaya mendiang bermula sebagai seorang ahli gusti bersama legenda WWE, Rob Van Dam sebelum meninggalkan arena berkenaan untuk membina keluarga.


Pengarang :