Amirudin Shari dan Juwairiya Zulkifli bersama tetamu melafazkan ikrar yang dibacakan wakil penjawat awam ketika Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 DUN Bukit Melawati di padang Sekolah Kebangsaan Pasangan Kampung Kuantan, Kuala Selangor pada 13 September 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

ADN: Sambutan kemerdekaan erat perpaduan rakyat

KUALA SELANGOR, 14 SEPT: Sambutan kemerdekaan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati berjaya menyatu padukan penduduk di kawasan berkenaan walaupun berbeza bangsa dan agama.

Ahli Dewan Negeri (ADN)nya, Juwairiya Zulkifli berkata, sambutan yang julung kali diadakan itu bertujuan memupuk semangat patriotik dalam kalangan penduduk selain dapat menghayati erti kemerdekaan.

Katanya, beliau gembira sambutan diterima amat memberangsangkan dan optimis ia terus kekal dan tidak hanya pada Hari Kemerdekaan sahaja.

“Jika dilihat konsep kemerdekaan kini merentasi agama, bangsa dan latar belakang politik. Justeru, sebagai ADN saya berpeluang untuk bersua muka dengan rakyat sekali gus mendengar suara mereka.

“Pada masa sama, kita dapat membongkar keistimewaan yang ada di setiap kampung di DUN Bukit Melawati kepada sesama penduduk kampung berkenaan,” katanya.

Juwairiya Zulkifli ketika Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 DUN Bukit Melawati di padang Sekolah Kebangsaan Pasangan Kampung Kuantan, Kuala Selangor pada 13 September 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika ditemui Media Selangor selepas Malam Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 DUN Bukit Melawati di padang Sekolah Kebangsaan Pasangan Kampung Kuantan di sini, malam tadi.

Turut hadir, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Rahilah Rahmat.

Terdahulu, Malam Sambutan Bulan Kebangsaan itu turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya deklamasi sajak, pertandingan Kampungku Patriotik, pertandingan Pakaian Kebangsaan Kanak-Kanak dan cabutan bertuah.


Pengarang :