Pasukan perubatan anggota tentera ketika memberi rawatan awal kepada Mejar Mohd Zahir Armaya yang dipercayai tertembak ketika membuat aksi gimik sempena penubuhan 5 Divisyen di Lok Kawi, Sabah pada 4 September 2019. Foto BERNAMA
BERITA UTAMA

Anak AR Badul maut tertembak ketika demonstrasi

KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Seorang pegawai tentera Grup Gerak Khas meninggal dunia dipercayai tertembak ketika membuat aksi gimik sempena penubuhan 5 Divisyen di Lok Kawi, Sabah, hari ini.

Sumber Tentera Darat berkata, pegawai berkenaan dikenali sebagai Mej Mohd Zahir Armaya yang juga anak kepada pengarah dan pelakon AR Badul atau Armaya Aman Ramlie.

Beliau berkata, kejadian itu sudah dimaklumkan kepada keluarga Allahyarham.

Berikutan itu, Mohd Zahir terus dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia.

-BERNAMA


Pengarang :