AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Air berbau: 31 kawasan pulih – Air Selangor

KUALA LUMPUR, 8 OKT: Tiga puluh satu kawasan di Selangor yang mengalami masalah bekalan air berbau telah pulih, dengan hanya dua kawasan yang masih belum pulih sepenuhnya, sehingga pukul 6 petang ini.

“Sehingga pukul 6 petang hari ini, hanya dua kawasan iaitu Seri Kembangan dan Saujana Puchong yang masih belum pulih sepenuhnya,” kata Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abdul Raof Ahmad dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedang meningkatkan usaha dan aktiviti pencucian sistem perpaipan di kedua-dua kawasan itu bagi mempercepatkan proses pemulihan.

Air Selangor memohon maaf berhubung perkara itu dan menasihati pelanggan menghubungi talian 15300 atau WhatsApp ke nombor 019-2800919/019-2816793 bagi sebarang bantuan.

-BERNAMA


Pengarang :