Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Law Hoe Yen dan Yee Siew Yen selepas majlis menandatangani MoU kerjasama latihan dan pendidikan dalam bidang perakaunan serta percukaian di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL Shah Alam. Foto UNISEL
AGENSISELANGOR

UNISEL-Estream meterai MoU pendidikan perakaunan

SHAH ALAM, 6 OKT: Universiti Selangor (UNISEL) baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat perisian akauntan pertama Asia Tenggara, Estream Software Sdn Bhd (Estream) bagi menjalin kerjasama latihan dan pendidikan dalam bidang perakaunan serta percukaian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu.

MoU berkenaan ditandatangani Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman dan Pengarah Urusan Estream, Law Hoe Yen dengan disaksikan Penasihat Pendidikan Estream, Yee Siew Yen, di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL Shah Alam, di sini.

Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan dalam kenyataan berkata, Estream akan menyediakan perisian perakaunan yang terkini untuk digunakan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Perakaunan IPT berkenaan.

“Ia bagi kursus Sistem Maklumat Perakaunan di UNISEL, manakala IPT ini pula akan membabitkan pensyarah dan pelajar dalam aktiviti persidangan yang dianjurkan Estream.

“Perjanjian persefahaman ini juga akan meliputi aspek penyelidikan, pembangunan profesional dan kurikulum,” katanya.


Pengarang :