Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Tuan Ir Izham berucap pada sidang Dewan Negeri Selangor di Dewan Annex pada 6 November 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Jangan ambil kesempatan atas sikap kemanusiaan Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 6 NOV: Pihak terbabit isu pencerobohan tanah rizab sungai diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan ke atas dasar kemanusiaan yang diamalkan Kerajaan Negeri.

EXCO Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Izham Hashim berkata, ini kerana Kerajaan Negeri perlu mengambil langkah memelihara kepentingan umum berbanding kepentingan beberapa individu.

“Walaupun ada antara mereka warga asing tetapi mereka juga manusia yang perlu dilayan dengan semangat kemanusiaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2020 di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Kediaman penduduk di kawasan rizab Sungai Kedondong, Paya Jaras yang dibina secara tidak sah. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Izham berkata, Kerajaan Negeri juga tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang sengaja mengambil kesempatan dalam isu ini.

Bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri sentiasa bersikap tegas bagi mengatasinya..

“Selepas ini, ada lagi isu pencerobohan tanah rizab mahu diselesaikan Kerajaan Negeri di banyak tempat di seluruh Selangor,” katanya.


Pengarang :