Hee Loy Sian
EXCOSELANGOR

Kiosk pintar bayar perkhidmatan kerajaan

SHAH ALAM, 8 NOV: Kerajaan Negeri bakal memperkenalkan penyediaan kiosk pintar tanpa tunai bagi pembayaran perkhidmatan kerajaan menerusi kad kredit dan kad debit.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, ia sebagai usaha melebarkan program masyarakat tanpa tunai (Cashless Society Smart Selangor) dan pembangunan ekosistem ekonomi digital secara meluas.

Selain itu, beliau berkata, aplikasi FassTap iaitu mod pembayaran alternatif bagi pembayaran perkhidmatan berasaskan kad debit atau kod QR menerusi smartphone juga akan diperkenalkan untuk menggalakkan micro-transactions.

“Antara kompenan micro-transactions tersebut ialah Aplikasi Citizen Electronic Payment (CEPat) iaitu satu aplikasi pintar untuk perkhidmatan berbayar Kerajaan Negeri bagi perkhidmatan permohonan lesen, kompaun dan cukai taksiran bagi Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang,” katanya.

Beliau (PAKATAN-KAJANG) berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Muhammad Hilman Idham (PAKATAN-Gombak Setia), di Sidang Dewan Negeri, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Loy Sian berkata, Kerajaan Negeri kini turut menggalakkan penggunaan e-wallet di bazaar Ramadan bagi tahun 2018 dan 2019.

Katanya, pada tahun ini sahaja sejumlah 4,000 peniaga telah menggunakan kaedah pembayaran e-wallet yang meibatkan nilai transaksi berjumlah RM80,000.

“Pada tahun 2023, Smart Selangor Delivery Unit menyasarkan kesemua perkhidmatan bayaran untuk Kerajaan Negeri Selangor diwujudkan dalam aplikasi CEPat,” katanya.


Pengarang :