AGENDANASIONAL

MetMalaysia keluar nasihat Ribut Tropika Nakri

KUALA LUMPUR, 8 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Nakri) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut tropika itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan iaitu kira-kira 603 km ke barat laut dari Kudat, Sabah.

“Berdasarkan pencerapan pada pukul 11 pagi tadi, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 540 km ke barat daya dari Manila, Filipina dan sedang bergerak ke arah barat daya,” kata kenyataan itu.

Kelajuan angin ribut tropika itu boleh mencapai sehingga 108 km sejam.

-BERNAMA


Pengarang :