Michelle Ng Mei Sze ketika ucapan perbahasan Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 4 November 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Semua pembangkang `hilang’ sesi petang DNS

SHAH ALAM, 4 NOV: Pembangkang disindir apabila kesemua anggotanya menghilangkan diri menjelang sesi petang perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2020.

Michelle Ng Mei Sze (PAKATAN-Subang Jaya) berkata, ini merupakan satu ‘pencapaian’ bagi blok penyokong kerajaan apabila DNS mencatatkan ‘kosong peratus pembangkang’.

“Hari ini mencatatkan pencapaian baru apabila pembangkang mencapai kosong peratus pada jam 4.57 petang,” katanya ketika memulakan ucapan perbahasannya pada sesi petang.

Sebelum ini, Muhammad Hilman Idham (PAKATAN-Gombak Setia) turut membidas anggota pembangkang apabila tidak berminat mengambil bahagian dalam perbahasan.

Katanya, setakat ini hanya Ketua Pembangkang sahaja mengambil bahagian dalam perbahasan sekali gus mencerminkan anggota pembangkang tidak melihat belanjawan sebagai dokumen penting.


Pengarang :