Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari semasa berucap di Majlis Temu Rapat bersama pengetua dan guru besar negeri Selangor pada 31 Januari 2020. Foto FILZAH YAMAL/SELAMGORKINI.
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

Atasi kepadatan pelajar, Selangor sedia bina sekolah baharu

SHAH ALAM, 31 JAN: Selangor telah menyediakan tapak untuk membina sekolah baharu bagi menampung kepadatan pelajar di tiga daerah utama iaitu Gombak, Petaling dan Hulu Langat, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Menteri Besar berkata isu kekurangan sekolah di kawasan pesat membimbangkan dan Kerajaan Negeri memutuskan tanah di lokasi berkenaan dibangunkan menerusi peruntukan khas daripada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

“Untuk tahun ini tiada peruntukan untuk sekolah baharu di Selangor walaupun ada keperluan. Justeru, dalam mesyuarat tindakan pembangunan negeri kami meletakkan sasaran untuk menyediakan tanah di beberapa daerah ini bagi mengatasi isu kekurangan sekolah yang agak membimbangkan terutamanya di bandar padat.

“Tanah ini sudah disediakan dan tiada masalah. Kita cuma perlu menunggu peruntukan khas itu,” katanya selepas Majlis Temu Rapat Dato’ Menteri Besar bersama Pengetua dan Guru Besar Selangor, di SUK.

Sejak lima tahun lalu, Amirudin memaklumkan Kerajaan Negeri mengehadkan pembangunan komersial bagi memberi ruang tanah berkenaan digunakan untuk tujuan pembinaan sekolah.


Pengarang :