AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut petir empat daerah di Selangor hingga 5 petang

SHAH ALAM, 26 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang sehingga 5 petang ini.

Menurut agensi itu, cuaca hujan disertai ribut petir itu juga dijangka melanda Pulau Pinang, Putrajaya, Melaka dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah juga diramal alami keadaan sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :