Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kanan) bersama Pengarah PPAS, Mastura Muhamad (tengah) ketika merasmikan Perpustakaan Awam Selangor Daerah Gombak di PPAS Daerah Gombak, pada 14 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

MB yakin catat nilai pelaburan tertinggi 3 tahun berturut-turut

GOMBAK, 14 JAN: Kerajaan Negeri yakin akan terus mencatat nilai pelaburan tertinggi di negara ini selama tiga tahun berturut-turut sejak 2018, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, di sebalik jangkaan kelembapan ekonomi global pada tahun ini, pihaknya optimis untuk mencapai nilai pelaburan sebanyak RM12 bilion seperti disasarkan.

“Sebanyak RM18.9 bilion nilai pelaburan luar yang dibawa ke Selangor pada 2018 merupakan pertumbuhan 239 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

“Kejayaan ini kita teruskan pada tahun lalu apabila sekali lagi melepasi sasaran ditetapkan,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Gombak di sini, hari ini.

Amirudin berkata dasar Kerajaan Negeri yang mesra pelabur dan kemudahan infrastruktur berkualiti tinggi antara faktor menarik mereka untuk menjadikan Selangor destinasi pilihan.

Setakat suku ketiga tahun lalu, Selangor mencatat nilai pelaburan RM16.4 bilion.


Pengarang :