Dato’ Amirudin Shari bercakap ketika sidang media Pengecualian Cukai dan Dasar 100 hari di Balai Penghulu Mukim Batu, Gombak pada 24 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Pengecualian cukai rumah kos rendah, fi penjaja kekal

BATU CAVES, 24 JAN: Pengecualian cukai pintu bagi rumah kos rendah, rumah kampung, fi lesen penjaja dan pasar dikekalkan tahun ini, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata, dasar itu diteruskan untuk tahun keempat sejak dimulakan pada 2016.

“Dengan mengekalkannya, Kerajaan Negeri menanggung kos sebanyak RM70.6 juta,” katanya dalam sidang media di Balai Penghulu Mukim Batu, Gombak di sini hari ini.

Pengecualian cukai tersebut merupakan antara manfaat dinikmati golongan berpendapatan rendah (B40) dalam Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Tahun lalu, Kerajaan Negeri kehilangan hasil berjumlah RM69 juta bagi memastikan program ini diteruskan untuk membantu rakyat Selangor.


Pengarang :