Penjawat awam negeri melafazkan Ikrar Perkhidmatan Awam pada perhimpunan bulanan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 14 Oktober 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
SELANGOR

Penjawat awam diingatkan terus berusaha, tidak merasa selesa

GOMBAK, 14 JAN: Penjawat awam di Selangor diingatkan tidak merasa selesa dengan kejayaan yang dicapai sekarang kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari sebaliknya berkata penjawat awam di negeri ini perlu sentiasa berusaha ke arah lebih baik serta menjadi contoh kepada penjawat awam di negeri lain.

“Kita mahu penjawat awam negeri ini menjadi contoh serta dihormati. Malah, kalau boleh penjawat awam negeri ini juga disegani sampai ke luar negara.

“Selain itu, kita mahu penjawat awam negeri ini mampu bersaing di peringkat global serta menjadi panduan kepada negara lain,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Gombak di sini hari ini.

Amirudin berkata penjawat awam di negeri ini perlu meningkatkan kemampuan diri serta bersedia berdepan dunia yang semakin mencabar.


Pengarang :