V Ganabatirau. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCO SELANGOR

Rangka pelbagai program, Selangor mahu ubah nasib rakyat

KAJANG, 20 JAN: Selangor merangka program untuk memastikan rakyatnya keluar daripada kepompong kemiskinan, kata EXCO pembangunan sosio ekonomi dan kerajaan prihatin.

Mengambil contoh Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan, V Ganabatirau berkata inisiatif yang menggalakkan keusahawanan itu mampu meningkatkan ekonomi keluarga.

“Saya sudah mengatur pertemuan bersama pimpinan kampung tradisi di Selangor dan kita bertuah kerana peruntukan juga ditambah, sekali gus mampu membantu peniaga.

“Apabila kita beri tumpuan kepada golongan ini, mungkin tidak lama lagi mereka akan keluar daripada belenggu kemiskinan serta bergerak sama memacu ekonomi negeri,” katanya selepas Majlis Sambutan Pesta Ponggal Selangor di Kuil Sri Subramaniam di sini semalam.

Pada masa sama, Ganabatirau yang juga Ahli Dewan Negeri Kota Kemuning mahu pendidikan kaum India khususnya yang tinggal di kawasan ladang diberi tumpuan.

“Antara difokuskan ialah pemberian tambang bas sekolah bagi keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah. Kita mahu anak-anak pekerja ladang dibantu dan generasi ini dapat membantu keluarga pada masa akan datang,” katanya.


Pengarang :