V Ganabatirau (kanan) bersama Dr Ong Kian Ming (kiri) meraikan sambutan Ponggal peringkat Selangor di Kuil Sri Subramaniam, Kajang pada 19 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Kurangkan majlis ‘makan-makan’, salur dana kepada orang miskin

KAJANG, 20 JAN: Program berbentuk ‘makan-makan’ dikurangkan dan peruntukannya disalur kepada golongan kurang mampu, kata EXCO kerajaan prihatin.

V Ganabatirau berkata penjimatan yang dilaksanakan melalui sambutan Ponggal dan Deepavali turut mendapat pujian masyarakat dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

“Biasanya dalam tempoh setahun kita anjurkan 20 ke 30 sambutan perayaan menggunakan peruntukan pekerja ladang tetapi tahun ini, kita kurangkan kepada dua atau tiga sahaja, namun impaknya lebih baik.

“Apabila majlis sebegini dikurangkan, dana yang terkumpul dapat membantu mereka yang susah,” katanya selepas Majlis Sambutan Pesta Ponggal Selangor di Kuil Sri Subramaniam di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming.

Sementara itu, Ganabatirau mahu Program Pembangunan Usahawan India Selangor memberi impak lebih besar kepada masyarakat pada tahun ini.

“Saya mahu melihat akaun program berkenaan dan bersedia membantu mereka yang terlibat sekiranya memerlukan khidmat nasihat,” katanya.


Pengarang :