Selangorkini
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi Yusairi Ismail (kiri) membuat saringan suhu badan di laluan ketibaan antarabangsa feri dari Koh Lipe, Thailand di Terminal Feri Kuah. Foto BERNAMA
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Sembilan pengembara tidak penuhi kriteria terima kad amaran kesihatan

SHAH ALAM, 27 JAN: Seramai sembilan orang pengembara didapati tidak memenuhi kriteria pesakit di bawah siasatan (PUI) jangkitan 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) seperti ditetapkan dalam tatacara pengurusan virus berkenaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata seramai 164,692 pengembara tiba di semua pintu masuk antarabangsa sehingga 3 petang semalam dan disaring.

“Pengembara (tidak memenuhi kriteria) dibekalkan dengan kad amaran kesihatan dan jika gejala dialami semakin serius, mereka perlu mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berdekatan,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Sepang hari ini.

Beliau turut memaklumkan dua orang kanak-kanak warganegara China yang disyaki menghidap wabak berkenaan di Langkawi, Kedah masih berada di wad isolasi dan stabil.

Katanya, sampel bagi setiap satu kanak-kanak tersebut diambil dan masih menunggu keputusan makmal.


Pengarang :