Sempena Forum Bandar Sedunia ke-10 (WUF10), Dato’ Seri Amirudin Shari berkongsi pandangan serta menelusuri sejarah dan pengalaman Selangor di Pusat Pameran Antarabangsa Abu Dhabi. Foto: Facebook Amirudin Shari
BERITA UTAMASELANGOR

MB kongsi pengalaman pembangunan lestari Selangor di WUF10

SHAH ALAM, 12 FEB: Dato’ Menteri Besar berbesar hati mewakili Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membentang laporan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) di Pusat Pameran Antarabangsa Abu Dhabi.

Sempena Forum Bandar Sedunia ke-10 (WUF10), Dato’ Seri Amirudin Shari berkongsi pandangan serta menelusuri sejarah dan pengalaman Selangor untuk memenuhi tuntutan SDG dalam sesi padanan perniagaan.

Berkongsi perkara tersebut dalam Facebook, turut sama dalam sesi itu Setiausaha Agung United Cities and Local Governments Asia Pacific (UCLG-Aspac) Dr. Bernadia Irawati dan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia Pasifik Bangsa-bangsa Bersatu (Unescap), Curt Garrigan.

Terdahulu Amirudin turut mendengar pembentangan Pengarah Institut Strategi Persekitaran Global (IGES), Dr. Junichi Fujino berhubung pengalaman membangunkan bandar di Jepun.

Amirudin berharap perbincangan bermakna antara Selangor, UCLG-ASPAC, IGES dan UNESCAP membuahkan kerjasama mantap serta selari dengan matlamat SDG tentang perkongsian strategik.


Pengarang :