Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap pada mesyuarat sempena kunjungan hormat Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin di Bangunan Annex Shah Alam pada 4 Februari 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Tiga bulan cari penyelesaian cegah kebakaran Johan Setia

SHAH ALAM, 4 FEB: Jawatankuasa Khas Menangani Pembakaran Terbuka Tanah Gambut Johan Setia diberikan tempoh tiga bulan untuk menyelesaikan isu di kawasan terbabit terutama ketika kemarau antara Mac hingga Ogos ini, kata EXCO alam sekitar.

Hee Loy Sian berkata jawatankuasa juga akan memanggil semua pemilik bagi menentukan pembangunan bersesuaian dengan status tanah pertanian seluas 2,000 hektar yang menyumbang kepada bekalan sayuran di Selangor.

Hee Loy Sian. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Kita (jawatankuasa) akan panggil semua pemilik untuk mencari penyelesaian. Pemilik ada yang tinggal di luar negeri seperti Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang dan mereka membayar cukai setiap tahun.

“Pada masa sama, terdapat juga cadangan untuk kita (Kerajaan Negeri) ambil alih bagi pertanian moden atau pembangunan komersil termasuk membina rumah,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa berkenaan di Bangunan Annex di sini hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.

Sementara itu, Loy Sian berkata jawatankuasa dipengerusikan EXCO pertanian Ir Izham Hashim juga bercadang memasang piezometer menggunakan masa nyata bagi memantau paras air di lokasi tumpuan.

Selain itu, turut dipasang telaga tiub untuk mengepam air bawah tanah dan sekatan saliran (check dam) bagi pelepasan air.


Pengarang :