Petugas kesihatan yang mengenakan pakaian perlindungan menjalankan ujian Covid-19 di Kuala Lumpur pada 23 Mac 2020. Foto REUTERS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 235 kes baharu, 23 meninggal dunia

SHAH ALAM, 26 MAC: Dua lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah  yang maut meningkat kepada 23 orang, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian ke-22 dan 23 membabitkan jemaah tabligh yang menyertai himpunan di Masjid Jamek Sri Petaling, hujung bulan lalu.

“Kes kematian ke-22 merupakan kes ke-1797, lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik dan menghadiri perhimpunan di Sri Petaling serta mempunyai kontak rapat dengan kes positif Covid-19.

“Kes kematian ke-23 pula merupakan kes ke-1840, lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai later belakang penyakit kronik. Kes beliau masih dalam siasatan sekiranya mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster Covid-19,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 235 kes baharu dilaporkan, iaitu kes harian tertinggi setakat ini dengan keseluruhannya 2,031 kes.

Katanya, 60 daripada kes baharu itu membabitkan kluster perhimpunan di Sri Petaling,manakala selebihnya dalam siasatan.

“Seramai 45 pesakit di unit rawatan rapi dan 32 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata seramai 215 pesakit berjaya sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Foto Twitter KKM

Pengarang :