Salah seorang petugas di Masjid Negeri memakaikan cecair pembasmi kuman kepada jemaah bagi mengawal penularan Covid-19. Foto Twitter Amirudin Shari
AGENSISELANGOR

Covid-19: Jemaah dipakaikan cecair basmi kuman sebelum solat Jumaat

SHAH ALAM, 13 MAC: Kakitangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah membantu jemaah solat Jumaat menggunakan cecair pembasmi kuman bagi mengawal penularan Covid-19.

Perkara itu dikongsikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Twitternya hari ini.

“Imam, bilal dan pegawai sokongan bertugas di pintu masuk bagi memastikan jemaah menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum menunaikan solat Jumaat,” tulisnya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata solat Jumaat tidak perlu dihentikan berikutan keadaan wabak masih terkawal di negara ini.

Bagaimanapun, mereka yang mengalami gejala wabak terbabit tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang sakit.

“Individu yang disahkan positif Covid-19 dibolehkan tidak mengerjakan solat Jumaat tetapi diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing,” katanya.


Pengarang :