PBTSELANGOR

Covid-19: MBSA gesa had hadir urusan pengebumian

SHAH ALAM, 18 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menasihatkan supaya kehadiran semasa urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21 dihadkan kepada jumlah kecil.

Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya memaklumkan langkah itu bagi membendung penularan Covid-19.

“Hanya kariah masjid dan waris terdekat dibenarkan untuk urusan pengebumian di tanah perkuburan berkenaan,” kata MBSA dalam kenyataan hari ini.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 selama dua minggu di seluruh negara mulai hari ini hingga 31 Mac 2020.

Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.


Pengarang :