Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
AGENSISELANGOR

Dua waktu kerja penguat kuasa MBSA pantau premis makanan

SHAH ALAM, 18 MAC: Bahagian Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mewujudkan dua waktu kerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini sehingga 31 Mac, kata pegawainya.

Rozaidi Ahmat berkata tatacara operasi piawai (SOP) itu membabitkan hampir 100 penguat kuasa mulai dari 8 pagi hingga 5 petang dan 3 petang hingga 12 tengah malam.

“Sepanjang tempoh ini penguatkuasa tidak meronda tetapi bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan MBSA melakukan pemantauan di semua premis di Shah Alam.

“Jika ada operasi kita akan berikan nasihat kepada pemilik premis dan pelanggan supaya tidak makan di restoran,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata pengusaha premis boleh menggunakan alternatif operasi seperti sistem nombor giliran tempahan atau pandu lalu untuk pelanggan membeli makanan.

Majlis Keselamatan Negara semalam memaklumkan kedai makanan masih boleh dibuka tetapi hanya untuk perkhidmatan dibawa pulang atau melalui penghantaran oleh syarikat tertentu seperti Grab Food dan Food Panda.


Pengarang :