AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Harga RON95 turun hampir 40 sen, diesel hanya 12 sen

SHAH ALAM, 20 MAC: Harga runcit RON95 turun dalam jumlah agak besar sebanyak 38 sen kepada RM1.44 seliter bermula 12 tengah malam ini sejajar dengan kemerosotan harga minyak dunia.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, harga RON97 pula menurun 36 sen kepada RM1.74 sen, manakala diesel turun 12 sen kepada RM1.75 seliter.

“Penurunan harga runcit produk petroleum ini disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik Covid-19,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

Pada 18 Mac lalu, harga minyak mentah dunia turun 24 peratus lagi kepada US$20 setong, paras harga paling rendah sejak Februari 2002.


Pengarang :