Pegawai Kesihatan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menampal notis penutupan sebuah premis makanan yang kotor dan ada lipas pada 6 Mac 2020. Foto ihsan Facebook MPKL
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Kedai makan ada lipas, kotor diarah tutup

KUALA LANGAT, 9 MAC: Sebuah kedai makan di Taman Langat Murni, Bukit Changgang di sini diarah tutup dua minggu kerana kotor dan ada lipas.

Perkara itu dibongkar Pegawai Kesihatan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang menjalankan pemeriksaan ke atas premis berkenaan sejurus menerima aduan awam pada 6 Mac lalu.

Yang Dipertua MPKL, Mohamad Zain A Hamid berkata arahan henti operasi dibuat mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 62(b) Establisymen Makanan (2007) MDKL.

Empat ekor lipas ditemui di premis makanan di Taman Langat Murni, Bukit Changgang ketika pemeriksaan Pegawai Kesihatan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) pada 6 Mac 2020. Foto ihsan Facebook MDKL

 

“Dua notis kompaun dikeluarkan atas kesalahan tidak memakai apron, topi dan kasut di bawah Seksyen 8 (5) Undang-Undang Kecil Pengendali makanan (MDKL) 2007 selain pekerja tidak mempunyai suntikan TY2 (antityphoid),” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan melakukan pemeriksaan dan pemantauan berterusan bagi memastikan pengusaha kedai makanan mematuhi peraturan.


Pengarang :