Kelihatan beberapa pelanggan keluar membeli makanan ketika tinjauan berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan di sekitar Petaling Jaya pada 18 Mac 2020. Foto BERNAMA
PBTSELANGOR

MBPJ: Penduduk akur, tingkatkan jarak sosial

SHAH ALAM, 22 MAC: Kebanyakkan penduduk di Petaling Jaya akur dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan berdasarkan pemantauan yang dilakukan sehingga semalam, kata datuk bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata pihaknya mengingatkan semua pihak mematuhi jarak sosial ketika berada di tempat awam terutama ketika berada di pasar dan membungkus makanan di restoran.

“Kesedaran orang ramai melakukan jarak sosial secara sukarela amat penting untuk kita sama-sama mengekang wabak ini,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 1,183 kes positif Covid-19 dengan lapan kematian, manakala 114 pulih selepas menjalani rawatan serta kuarantin.


Pengarang :