Anggota penguat kuasa menyita tilam yang digunakan pusat urut di Prima Gombak dalam satu operasi, Jumaat lalu. Foto MPS
PBTSELANGOR

MPS serbu dua rumah urut tanpa lesen, sita 15 tilam

SELAYANG, 3 MAC: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyerbu dua rumah urut yang beroperasi tanpa lesen di Prima Gombak di sini, Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Korporatnya Mohamad Zin Masoad berkata pihaknya turut menyita pelbagai barangan ketika membuat serbuan pada 3 petang.

“Anggota penguat kuasa menyita 15 unit tilam, tujuh unit bantal, enam botol minyak urut, lima unit sofa, seunit penghawa dingin, seunit televisyen dan pelbagai peralatan lain,” katanya yang turut memaklumkan sitaan selaras Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan (MPS) 2007.

Katanya, pemantauan juga akan dibuat dari semasa ke semasa bagi mengawal premis perniagaan di pentadbirannya yang beroperasi tanpa lesen.


Pengarang :