AGENDANASIONAL

Palsu, elak kongsi mesej empat lokasi panas di Selangor

SHAH ALAM, 24 MAC: Empat lokasi panas Covid-19 di Selangor yang disebar menerusi WhatsApp adalah palsu.

Perkara berkenaan disahkan jurucakap pejabat Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari, hari ini.

Sejak semalam tular di media sosial mesej dari Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor yang mendedahkan empat lokasi panas Covid-19 antaranya Madrasah An-Nabawwiyah Sungai Lui, Sungai Ramal Dalam, Sungai Merab dan Jalan Kebun.

Berita palsu itu turut mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai dan ia dikongsi sebelum disemak kesahihannya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkata sebarang penciptaan atau penyebaran berita dan kandungan palsu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun.

Orang awam yang mempunyai kemusykilan mengenai sesuatu berita, termasuk berkaitan Covid-19 sama ada ia sahih atau palsu boleh mendapatkan pengesahan maklumat mutakhir dengan pantas dan tepat melalui pautan https://t.me/sebenarnyamy.


Pengarang :