Borhan Aman Shah. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Peruntukan Covid-19 kepada semua ADN termasuk pembangkang

SHAH ALAM, 24 MAC: Selangor menyalurkan peruntukan program Mesra Rakyat kepada semua Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk pembangkang bagi mengawal penularan Covid-19.

Setiausaha politik kepada Dato’ Menteri Besar Borhan Aman Shah berkata peruntukan itu untuk meringankan beban rakyat yang terkesan dengan wabak, mengatasi sempadan serta perbezaan politik.

“Harus diingat bahawa Pakej Selangor Prihatin Covid-19 iaitu penambahan skop peruntukan Program Mesra Rakyat dari RM20,000 kepada RM30,000 terpakai kepada semua 56 DUN di negeri ini.

“Bagi pembangkang, peruntukan diselaraskan oleh penyelaras Dun yang dilantik Kerajaan Negeri atau penyelaras sementara dalam kalangan ahli parlimen, EXCO atau Ahli Dewan Negeri (ADN) berdekatan.

“Inilah amalan Kerajaan Negeri sejak dahulu lagi dan bukan kali pertama dilakukan,” katanya dalam kenyataan merujuk kepada kekeliruan Ketua Pembangkang Selangor Rizam Ismail berhubung perkara itu.

Semalam, Rizam yang juga ADN Sungai Air Tawar mendakwa Kerajaan Negeri bermain politik sempit dengan meminggirkan wakil rakyat pembangkang melalui pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan 20 Mac lalu.


Pengarang :