AGENDASUKANKINI

Stadium Nasional Bukit Jalil hak eksklusif Harimau Malaya

SHAH ALAM, 6 MAC: Perlawanan Liga Super Selangor menentang Perak esok menjadi aksi domestik terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil susulan hak eksklusif diberikan kepada skuad Harimau Malaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan berkata ‘larangan’ tersebut bagi menjaga prestij stadium sebagai gelanggang skuad kebangsaan, lapor Berita Harian.

“Selepas ini penggunaan stadium hanya dibenarkan bagi pengelolaan aksi final atau perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan,” katanya.

MFL sebelum ini meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Selangor untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil sebagai lokasi alternatif selepas Stadium Shah Alam dan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya tidak boleh digunakan.

Ab Ghani turut mengingatkan pasukan Liga Malaysia supaya lebih bersedia dalam persiapan lokasi utama pasukan tuan rumah pada masa akan datang.


Pengarang :