Selangorkini
Petugas Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menggunakan lori tangki bagi menjalankan proses semburan nyahkuman di Pangsapuri Taman Dato Ahmad Razali, Ampang pada 29 Mac 2020 sebagai langkah mencegah penularan Covid-19. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

SWCorp lakukan sanitasi awam di Selangor, Kuala Lumpur

ccsb-ads

SHAH ALAM, 30 MAC: Beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur terlibat dalam operasi sanitasi awam yang dilakukan secara besar-besaran oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) hari ini.

SWCorp memaklumkan kawasan itu meliputi Bukit Damansara, Pasar Awam Jalan Othman, Petaling Jaya; Surau Al-Umm dan Masjid Al-Falah, Sungai Ramal Dalam, Kajang serta Kuala Lumpur.

“Operasi sanitasi bermula dari 8 pagi hingga 5 petang adalah satu daripada usaha kerajaan untuk menghentikan penularan Covid-19,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Operasi berkenaan turut dilaksanakan di negeri lain dengan tumpuan utama di tempat awam berisiko tinggi antaranya Seremban, Negeri Sembilan (Masjid Panchor Jaya) dan Senawang (Surau Taman Desa Orkid, Surau Taman Seri Pagi, Surau Taman Desa Melor, Surau Taman Desa Anggerik).

Kuala Muda, Kedah: Pasar Bisik, Kuala Muda dan Sungai Petani (Tesco SP Utara, Stesen Kereta Api, Stesen Bas Lama, Pasaraya Billion, Flat Paya Nahu 1&2, Pasar Taman Ria, Tesco SP Selatan dan Pasar Taman Sri Wang).

Johor: Kampung Sinaran Baru, Kempas, Johor Bahru dan Bandar Simpang Renggam, Kluang.

Perlis: Stesen Bas (Kangar), Stesen Bas (Kuala Perlis), Hab Bas (Arau), Pasar Borong Sena, Pasar Awam (Kuala Perlis), Pasar Awam Utan Aji, Pasar Awam Simpang Empat, Pasar Awam Kaki Bukit, Pasar Awam Padang Besar dan Pasar Awam Arau.

Kuantan, Pahang: Pasar besar, pasar raya dan kedai sekitar Kuantan, Wisma Persekutuan, IPK Pahang, Komtur, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan serta Pejabat Kerajaan Sekitar.

Pekan, Pahang: Pejabat Daerah dan Tanah Pekan, Pasar Majlis, sekitar pasaraya, kedai dan bank, IPD Pekan dan Majlis Daerah Pekan.

Jerantut, Pahang: Pasar besar atau borong seluruh Jerantut, pasar raya di sekitarnya dan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.


Pengarang :