AGENDANASIONAL

Tidak benar jururawat Hospital Shah Alam dijangkiti Covid-19

SHAH ALAM, 18 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan laporan seorang jururawat di Hospital Shah Alam (HSA) dijangkiti Covid-19 adalah palsu dan meminta orang ramai berhenti menularkannya.

“Tiada jururawat bernama Ayu di HSA dijangkiti Covid-19.

“Hentikan menyebar maklumat palsu ketika kita sedang berhadapan krisis kerana ia memburukkan lagi keadaan,” kata KKM menerusi Twitternya, hari ini.

 

Sebelum itu, tular di Instagram kononnya ada jururawat di hospital tersebut positif Covid-19.

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkata sebarang penciptaan atau penyebaran berita dan kandungan palsu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun.

Orang awam yang mempunyai kemusykilan mengenai sesuatu berita, termasuk berkaitan Covid-19 sama ada ia sahih atau palsu boleh mendapatkan pengesahan maklumat mutakhir dengan pantas dan tepat melalui pautan https://t.me/sebenarnyamy


Pengarang :