Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan pada 14 April 2020. Foto Sumber: BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 119 pesakit pulih, kadar sembuh 53.4 peratus

SHAH ALAM, 16 APRIL: Seramai 119 pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya Covid-19 sebanyak 2,766 kes iaitu 53.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 110 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 5,182 kes.

“Bilangan kes yang keluar hospital melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,332 kes. Mereka diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media di Putrajaya.

Beliau berkata seramai 56 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), daripada jumlah tersebut, 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19 menjadikan kumulatif kes kematian adalah 84 kes iaitu 1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

 


Pengarang :