Anggota polis melakukan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Lebuhraya Cheras-Kajang, Kajang pada 15 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN /SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: 17 kes baharu di Selangor, keseluruhan 1,316

SHAH ALAM, 15 APRIL: Kes Covid-19 di Selangor mencatatkan penurunan apabila seramai 17 individu positif pandemik itu berbanding 50 kes semalam setakat jam 12 tengah hari tadi, menurut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Menerusi Twitter STFC, bilangan kes terkumpul di negeri itu setakat ini 1,316 manakala kes di seluruh negara pula seramai 5,072 individu.

“Semalam 50, hari ini 17 kes baru. Sangat bagus, kan? Bukan itu saja, kes sembuh lebih dua kali ganda dari kes baru !,” tulisnya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan sebanyak 169 kes pulih dan dibenarkan pulang hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham berkata ini menjadikan jumlah terkumpul kes sembuh Covid-19 adalah 2,647 kes, iaitu 52.2 peratus daripada keseluruhan kes.


Pengarang :